POLIS Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima apa-apa maklumat berhubung kemungkinan dua rakyat Malaysia yang kini ditahan di Teluk Guantanamo untuk pulang ke tanah air.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, semasa sidang media, hari ini.
“Kita tak dapat sebarang maklumat,” katanya ringkas.
Terdahulu, New York Times melaporkan dua rakyat Malaysia yang mengaku bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali, Indonesia, dua dekad lalu mungkin kembali ke tanah air sebelum akhir tahun ini di bawah rundingan bagi pengakuan bersalah yang dipersetujui minggu lepas.
Seorang juri tentera di Teluk Guantanamo akan ditugaskan untuk memilih bentuk hukuman dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun.
Bagaimanapun, rundingan bagi pengakuan bersalah yang dicapai minggu lepas yang membantu mengelakkan proses litigasi yang panjang mungkin membolehkan kedua-dua mereka kembali ke Malaysia.
Baca artikel lain: Dua rakyat ditahan di Guantanamo mungkin pulang ke Malaysia
Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, ditahan selama bertahun-tahun di penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).
Laporan itu menyatakan bahawa sebahagian daripada rundingan bagi pengakuan bersalah yang membayangkan kepulangan mereka ke Malaysia kekal sebagai rahsia.
Prosiding hukuman terhadap Mohammed Farik dan Mohammed Nazir adalah sebahagian daripada strategi kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk cuba menyelesaikan kes-kes keselamatan negara Guantanamo melalui rundingan bagi pengakuan bersalah.
Minggu lepas kedua-dua lelaki yang kini ditahan di Guantanamo mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali yang mengorbankan 202 orang pada 12 Oktober 2002.
Mereka telah didakwa bersama Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali dari Indonesia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

