POLIS mengesahkan motif pembunuhan ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah atau Bella adalah disebabkan cemburu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, motif berkenaan dikenal pasti menerusi siasatan menyeluruh dilakukan oleh pihaknya.
“Kes bunuh ini mesti mempunyai motif. Daripada motif itulah kita akan memulakan dan dapat bayangan siasatan kita. Jadi inilah motif yang kita dapat tahu menerusi siasatan dibuat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Beliau berkata, hasil bedah siasat pada rangka Bella,32, yang dijumpai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah juga mendapati terdapat keretakan di kepala akibat objek tumpul.
Tambahnya, seorang bekas posmen Mohammad Haikal Mahfuz, 25, juga telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan membunuh Bella.
UtusanTV sebelum ini melaporkan ibu tunggal kepada dua anak berusia dua hingga empat tahun dilaporkan hilang pada 14 Disember lalu.
Bella dilaporkan keluar rumah bersama teman lelakinya untuk ke kedai dobi pada 11.50 malam dengan menaiki sebuah kereta.
Kehilangan wanita itu hanya disedari pada keesokan hari selepas kakaknya, Norhisham, 36, gagal menghubunginya selain mesej dihantar tidak dijawab.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

