Larian ASIHM21 boleh jadi tarikan pelancongan sukan – Fadillah

Dari Penulis

PENGANJURAN larian ‘Anak Sarawak International Half Marathon’ (ASIHM21) yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 3 Feb ini, berupaya menjadi satu lagi tarikan pelancongan sukan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana larian yang diadakan di dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), bakal menarik 7,000 penyertaan termasuk peserta luar negara.

“Program ini merupakan kali kedua dianjurkan Sarawak Volunteers dan kali ini dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia serta beberapa penaja bersama.

“Tujuan kita laksanakan program ini untuk galakkan gaya hidup sihat, selain memaparkan pemandangan sekitar Kuala Lumpur di waktu malam yang begitu cantik sekali gus sebagai satu destinasi tarikan sukan maraton…diharap ia juga jadi daya penarik kepada pelancong yang masuk larian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan program ASIHM21 di Jalan Ampang hari ini.

Baca juga: SD Murad Khalid telah disiasat, tiada kes terhadap Anwar – SPRM

Fadhilah yang juga Penaung Sarawak Voluntees, berkata antara kelainan pada edisi kedua ASIHM21 itu ialah ia dibuka kepada peminat sukan maraton antarabangsa dari 13 negara. 

Setakat ini, menurutnya acara berkenaan mendapat tarikan peserta dari Sepanyol, Jerman, Itali, Kanada, Argentina, Turki, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

“Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu 6 kilometer (km) 11km dan 21km dengan tawaran hadiah terkumpul bagi kesemua kategori sebanyak RM60,000.

“Larian dijangka bermula pada 7 malam, 3 Feb hingga 1 pagi, 4 Feb dan pada tempoh itu beberapa jalan di SUKE serta AKLEH akan ditutup bermula 5 petang dengan kawalan pihak berkuasa,” katanya. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This