[VIDEO] 17 tanpa single baharu, Elly Mazlein kini terbang tinggi dengan Sayap

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS hampir 17 tahun, artis versatil, Elly Mazlein tampil dan terbang tinggi dengan single terbaharunya yang berjudul Sayap, terbitan Rocketfuel Entertainment.

Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, Sayap membawa maksud yang tersendiri, dengan mengetengahkan elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia. Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan. 

Elly Mazlein pada majlis pelancaran single terbaharunya yang berjudul ‘SAYAP’ di Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kemunculan semula Elly bukan sekadar mewarnai industri muzik, namun ia menyaksikan saat yang signifikan dalam kerjayanya yang semakin meningkat naik.

Bersempena dengan pelancaran Sayap, pihak Rocketfuel Entertainment dan Astro teruja untuk mencipta sejarah baharu dengan memberikan satu pengalaman unik kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan karya terbaharunya menerusi saluran sementara (pop-up), Elly Mazlein (Saluran 111) di Astro.

Elly Mazlein (Saluran 111) bersiaran bermula 12 tengah malam, 25 Januari sehingga 11.59 malam, 26 Januari ini, selama 48 jam di Astro. Selama tempoh bersiaran, peminat bakal meneroka dunia seni nyanyian Elly dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik Sayap, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikinan video muzik.

Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly di pentas muzik tempatan.

Sebagai tambahan, Elly Mazlein (Saluran 111), bakal mencipta sejarah dan meraih anugerah sebagai penerima Malaysia Book of Records yang akan dimaklumkan kelak. 

Elly Mazlein pada majlis pelancaran single terbaharunya yang berjudul ‘SAYAP’ di Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saya sangat gembira berkongsi Sayap dengan para peminat setelah sekian lama berada dalam industri muzik tempatan. Elly Mazlein (Saluran 111) ini adalah salah satu cara untuk saya mencipta kenangan dan memberikan buah tangan terbaharu kepada peminat.

“Saya berharap agar semua peminat turut serta menyaksikannya dan menyertai saya dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya di Malaysia!,” ujarnya.

Sayap boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala video muzik juga boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya memang agak ‘ting-tong’…,” – Selesa jadi ‘Ratu Kacip’ di Threads, Aisha Retno tepis dakwaan platform toksik!

KERAP menjadi bualan hangat netizen gara-gara keaktifannya di aplikasi Threads, penyanyi Aisha Retno mempunyai pendapat peribadi berhubung dakwaan sesetengah...

More Articles Like This