PAS mengucapkan terima kasih kepada veteran UMNO selepas mencadangkan parti itu mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional (PN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari pada masa sama menyifatkan, UMNO yang suatu masa dahulu gah menerajui negara ketika ini boleh disamakan dengan kapal hampir karam.
“Dalam politik pilihan raya ini, yang penting ialah sokongan rakyat ketika mengundi nanti. Jika berpuluh-puluh lagi Ahli Parlimen menukar sokongan sekali pun, tapi ukuran sokongan rakyat terus menaik, tiada masalah.
“Mengulas kenyataan ini, saya ingin katakan, terima kasih atas cadangan.
“Namun agak ganjil apabila penumpang sebuah kapal yang sedang karam asyik bimbang kepada kapal lain yang terus gagah belayar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Banjir: 1,684 mangsa di 4 negeri setakat 6 pagi
Terdahulu, pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad melontarkan cadangan agar Pas memimpin PN menggantikan Bersatu.
Dalam kenyataan di Facebook, Shahrir Abdul Samad melontarkan cadangan itu dengan memetik perkembangan politik yang menyaksikan sejumlah Ahli Parlimen Bersatu menyokong pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Patutnya Pas pula yang ambil alih kepimpinan PN dan bukan Bersatu marah-marah sama sendiri termasuk libatkan isteri presiden,” katanya.
Shahrir juga mencadangkan agar Bersatu memecat Ahli Parlimen mereka yang menyokong kerajaan perpaduan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

