Kekal kerjasama PH dan BN, orang Melayu boleh tentukan pendirian mulai sekarang – Ahmad Fadhli

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ORANG Melayu disifatkan sudah boleh membuat kesimpulan mudah bagi menentukan pendirian mulai sekarang susulan ‘cadangan’ supaya Barisan Nasional (BN) terus kekal bersama Pakatan Harapan (PH) sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran dalam Facbeook, hari ini.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas secara sinis turut ‘bersetuju’ dengan cadangan dinyatakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu.

Menurut Ahmad Fadhli, ternyata kerjasama antara PH-BN itu bukan sementara sahaja disebabkan ‘titah Yang di-Pertuan Agong’ tetapi lebih daripada itu.

“Selaku orang luar, saya ‘sangat-sangat bersetuju’ dengan pengumuman ini.

“Walaupun PRU-16 masih lambat lagi, tetapi hala tuju telah dinyatakan awal iaitu kekal sehingga selepas PRU-16 menuju PRU-17.

“Apa jua pendekatan dan kenyataan yang akan dibuat oleh pemimpin PH selepas ini, sudah diberikan ‘insuran awal’ oleh Pengerusi BN sendiri.

Baca artikel lain: Jabatan Peguam Negara belum buat keputusan mengenai representasi Ahmad Zahid

“Saya yakin, pengundi-pengundi PH juga sangat setuju dengan pengumuman ini,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid ketika berucap pada Konvensyen Perpaduan peringkat negeri Perak mahu kerjasama kukuh membabitkan BN dan PH diteruskan selepas PRU-16.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri itu menasihatkan, Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, untuk memastikan keserasian di antara kepimpinan kedua-dua parti bukan sekadar oleh kelihatan dalam kalangan ahli politik, namun mesti dipamerkan akar umbi peringkat bahagian dan cawangan.

Mengimbas kembali pembentukan Kerajaan Perpaduan di Perak, Timbalan Perdana Menteri berkata, PH yang memiliki 24 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) membuktikan keikhlasan apabila memberi laluan kepada BN untuk menjawat Menteri Besar (MB) walau parti itu hanya memenangi sembilan kerusi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This