Pemuda pukul warga emas kerana tegur bakar sampah ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan polis selepas bertindak memukul jirannya yang merupakan warga emas di Tanjung Kling, Melaka petang semalam.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/3482

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 1.20 petang itu, pengadu seorang wanita berusia 76 tahun telah berjumpa dengan pemilik rumah inap desa.

Beliau berkata, berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan cucu kepada pemilik rumah inap desa yang berusia 26 tahun itu.

“Pengadu menegur tindakan suspek yang membakar sampah secara terbuka di kawasan tanah pengadu sehingga menyebabkannya sesak nafas kerana asap yang banyak.

“Secara tiba-tiba, suspek meluru ke arah pengadu dan menumbuk beberapa kali di muka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semasa pengadu cuba melarikan diri, suspek telah memukul belakang kepala sehingga menyebabkan pengadu terjatuh dan mengalami kecederaan.

Christopher berkata, suspek turut mengugut mahu memukul pengadu lagi dengan menggunakan kayu namun pengadu bertindak lari ke dalam rumah.

“Akibat dipukul, pengadu mengalami sakit pada belakang kepala, muka, leher dan belakang badan,” ujarnya.

Bertindak atas maklumat, suspek berbangsa Melayu itu telah ditahan pada pukul 12.10 tengah malam tadi bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This