PERSATUAN Golf Remaja Malaysia (MGJA) buat julung kalinya menghantar pemain remaja untuk menyertai Bangladesh Amateur Golf Championship 2024.
Presidennya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, pasukan dari Malaysia itu diwakili oleh Puteri Ameera, Aneesha Eva Velu, Irfan Zaini dan Azka Azfar yang berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun.
Katanya, kesemua pemain tersebut telah menjalani latihan intensif selama seminggu di Monterez Golf Driving Range, Shah Alam.
“Saya berharap mereka dapat memberi sepenuhnya fokus dan daya saing yang tinggi dalam setiap pukulan ketika berada
di padang.
“Selamat maju jaya, semoga lagu Negaraku dapat berkumandang di bumi Dhaka.” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: Faisal ‘kesal’ lepas peluang jaring gol ketika bertemu Bahrain
Mengulas lanjut, Irmohizam berkata, kejohanan golf bertaraf dunia itu adakan berlangsung di Kurmitola Golf Club, Dhaka, Bangladesh bermula dari 31 Januari 2024 hingga 3 Februari 2024.
Menurut beliau, pasukan itu akan diketuai oleh Chief de Mission merangkap Timbalan Presiden MGJA, Pro Zurie Harun.
Beliau berkata, Kejohanan Bangladesh Amateur Golf Championship 2024 disertai lebih daripada 30 buah negara.
Katanya, MGJA berharap sukan elit itu akan mendapat tempat di kalangan golongan muda terutamanya remaja dan kanak-kanak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

