Azmin ketuai Bersatu Selangor, Mohamad Hanifah ganti Peja di N9

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melakukan beberapa perubahan pucuk pimpinan di dua negeri iaitu Selangor dan Negeri Sembilan sebagai sebahagian langkah membugarkan parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor yang baharu.

Menurut beliau, Mohamed Azmin menggantikan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sebelum ini mengetuai kepimpinan parti itu di Negeri Sembilan digantikan oleh ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker.

“Parti mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Ahmad Faizal dan Abdul Rashid yang memimpin kedua-dua negeri tersebut sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: MPT Bersatu sebulat suara sokong kepimpinan Muhyiddin

Sementara itu, Hamzah turut mengumumkan pelantikan beberapa individu untuk mengisi jawatan sebagai Pengerusi Biro parti tersebut.

Katanya, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dilantik mempengerusikan Biro Ekonomi sementara Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengetuai Biro Antarabangsa.

“Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin pula menerajui Biro Pendidikan manakala Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan (Biro Latihan).

“Fadzillah Mohd Pilus pula dilantik Pengerusi Lembaga Disiplin yang baharu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This