Dua pemuda maut selepas motosikal bertembung di Cibungbulang

Dari Penulis

DUA lelaki disahkan maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung di Jalan Raya Galuga, Cibungbulang pada pukul 2.30 pagi, Sabtu lalu.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/3511

Ketua Unit Trafik Bogor, Asisten Komisioner Rizku Guntaman berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal Honda Vario yang ditunggang Irpan dalam perjalanan dari Bogor ke Leuwiliang.

Sampai di lokasi kejadian, Irpan dipercayai telah bergerak ke arah kanan lorong sebelum bertembung dengan motosikal Yamaha Vixion yang datang dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan, Irpan, 20, disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Leuwiliang.

Sementara penunggang Vixion yang dikenali sebagai Gunawan, 34, mengalami cedera di kaki dan patah tangan kanan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi hari Ahad selepas koma sehari.

Difahamkan, Gunawan dalam perjalanan pulang ke rumah di Sukabumi selepas selesai bekerja di Tanggerang.

“Berdasarkan keterangan saksi, kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang Vario.

“Polis masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti sekiranya kemalangan itu berpunca daripada perlumbaan haram,” katanya memetik laporan Tribun News.

Sebelum itu tular sebuah video berdurasi 15 saat yang memaparkan kejadian kemalangan dua buah motosikal itu.

Menerusi video dapat dilihat seorang penunggang motosikal tercampak jauh ke tepi jalan selepas terlibat dalam pertembungan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This