Kes culik warga Palestin: Mahkamah tolak permohonan ikat jamin 13 tertuduh

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PERMOHONAN 13 individu agar dibenarkan jaminan bagi pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin pada dua tahun lalu, ditolak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Siti Aminah Ghazali dan mengarahkan agar kesemua tertuduh itu direman sehingga kes berkenaan selesai.

Pemohon-pemohon itu ialah, Edy Ko’im Said, 42, Mohamad Norakmal Hassan, 43, Dody Junaidi, 44, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 41, Mohamad Naziree Mustapha, 41; Faizull Hardey Mohd Isa, 42; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 27.

Selain itu, Mohamad Sufian Saly, 25; Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 23; Nidarahayu Zainal, 36; dan Raibafie Amdan, 41; Mohd Zaidi Mohd Zain, 56, dan Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 51.

Sebelum ini kesemua mereka didakwa secara niat bersama menahan Omar Z. M. Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan bagi menggodam telefon bimbit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 September 2022.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun sehingga maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Baca: Suami isteri culik warga Palestin didakwa ubah wang haram RM250,000

Bagaimanapun pengakuan kesemua tertuduh itu tidak direkodkan memandangkan kes itu adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Susulan itu, permohonan kesemua tertuduh agar kes itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Disember tahun lalu.

Pada 19 Januari lalu, pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula di Mahkamah Sesyen dan kesemua tertuduh membuat permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan.

Kes itu dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh manakala peguam Kelvin Sidhu mewakili Edy Ko’im manakala Mohamad Norakmal, Dody, Tengku Arif Bongsu, Mohamad Naziree, Faizull Hardey, Muhammad Iqmal, Mohamad Sufian, Mohd Zaidi dan Tengku Hazarul Ismail diwakili peguam Norma Go.

Nidarahayu pula diwakili peguam Muhammad Amin Abdullah dan Raibafie diwakili peguam Wan Muhd Ariff Ameer Wan Normazlan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This