YAYASAN Maghfirah (YM) melalui Kempen Raikan Ramadan Tahun 2024 menyasarkan untuk menyalurkan bantuan kepada lebih 10,000 orang penerima dalam kalangan asnaf di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif YM, Muhammad Shuib Norudin berkata, bertemakan ‘Berkongsi Rezeki, Manisnya Memberi’, kempen ini menyasarkan jumlah agihan sebanyak RM500,000.
Katanya, YM juga berbesar hati meneruskan Majlis Amal Maghfirah (MAM) yang bakal meraikan 350 orang asnaf terdiri daripada anak yatim, pelajar tahfiz, orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak tajaan Kelas SAQ.
“Dua agihan khusus Ramadan iaitu projek kongsi rezeki dan projek jiwa peduli akan digerakkan ke beberapa tempat yang telah ditetapkan.
“Agihan ini juga bakal dilaksanakan di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan Sarawak dan Sabah.
“Selain itu, bantuan iftar di bawah projek kongsi rezeki juga melibatkan agihan luar negara seperti Kemboja, Mekah, Afrika, Turki, Indonesia dan Lubnan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Laporan Kajian SSPA dijangka siap dua bulan lagi – PM
Pada tahun lalu, YM berjaya mengagihkan bantuan Ramadan sebanyak RM313,466.242 kepada lebih 10,609 asnaf di seluruh negara.
Disamping itu, Muhammad Shuib berkata, pihaknya juga melancarkan Tabung Operasi YM, di mana dana yang terkumpul akan digunakan khusus untuk menampung kos pengurusan agihan bantuan.
“Kami menyasarkan agihan bantuan pada tahun ini berganda melebihi tahun-tahun sebelumnya bagi memastikan lebih ramai golongan yang memerlukan di luar sana dapat dibantu.
“Oleh yang demikian, kami mengalukan para dermawan budiman di luar sana, bersama-sama YM menjayakan misi ini,” katanya lagi.
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun bank MAYBANK 5622 6355 2802 rujukan (ramadan 03) atau lebih mudah melalui
website sedekahym.my atau hubungi pegawai YM di talian 019 6519663 untuk maklumat lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

