Bantuan Khas Kewangan penjawat awam Pahang dibayar 20 Februari

Dari Penulis

BANTUAN Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu setengah bulan dengan minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri Pahang dibayar secara sekali beri pada 20 Feb ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang hari ini, dan jumlah keseluruhan peruntukan bagi BKK sebanyak RM39.6 juta.

BKK telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2024 pada 4 Dis lepas dan melibatkan 8,000 penjawat awam di negeri itu.

Baca artikel lain: Anggota polis terima sampul berisi wang semasa bertugas satu kesalahan – KPN

“Semoga dengan pembayaran BKK ini, penjawat awam Pahang lebih bersemangat melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan bagi memastikan pengurusan kerajaan negeri lebih dinamik, mampan serta berdaya saing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Rosdy juga berharap semua penjawat awam negeri berbelanja dengan bijak dan tidak boros.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This