Kerajaan kerja lebih kuat demi memaknai cita Malaysia, kata PM sempena Tahun Baharu Cina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan bekerja lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya.

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan menerusi Facebook sempena Tahun Baharu Cina , hari ini.

Perdana Menteri berkata, masyarakat Cina yang meraikan Tahun Naga pada tahun ini membawa maksud kekuatan dan karisma selain sifat kreativiti dan keyakinan menurut kalendar Cina.

Justeru, kata beliau, rakyat Malaysia mesti meneruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan madani bagi membangkitkan semangat prinsip-prinsip universal tersebut.

“Di pihak kerajaan, kerja kita akan lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya.

“Ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuh.

Baca artikel lain: Dukung segala usaha pastikan keadilan masyarakat ditegakkan – PM Anwar

“Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina.

“Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Perdana Menteri turut berkongsi video ucapan sempena Tahun Baharu Cina dalam hantaran tersebut.

Dalam video tersebut, Anwar berharap perayaan tahun ini disambut dengan gembira dan damai bersama ahli keluarga.

“Mudah-mudahan tahun ini tahun bahagian dan tahun-tahun berikutnya begitu, lebih bahagia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tersesat ikut aplikasi navigasi masuk kawasan pembinaan, lima cedera kereta terjunam jatuh gaung

LIMA individu warga China dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di sebuah tapak projek pembinaan...

More Articles Like This