Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam kini dikenali Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam kini dikenali dengan nama rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

PETRA dalam kenyataan memaklumkan, cadangan perubahan nama itu telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet, semalam setelah dibawa oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Menurut PETRA, perubahan itu menggambarkan peranan sebenar dan tanggungjawab kementerian itu berkaitan usaha transformasi dalam bidang tenaga serta air negara.

Kementerian itu memberitahu, tujuannya adalah untuk memastikan aspirasi kerajaan melalui fungsi dan tugas PETRA dapat difahami dengan lebih jelas oleh masyarakat umum melalui nama baharu tersebut.

“Pemilihan akronim kementerian telah ditentukan melalui pertandingan secara terbuka kepada warga kementerian dan jabatan serta agensi dibawahnya.

Baca artikel lain: Kerajaan tumpu selesai isu infrastruktur asas di Labuan

“Sejumlah 105 cadangan akronim telah diterima dan PETRA telah terpilih sebagai akronim kementerian baharu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, PETRA memaklumkan, akronim tersebut merujuk kepada pemilihan huruf-huruf terpilih yang dikaitkan dengan nama kementerian itu.

Jelasnya, peralihan tenaga dizahirkan secara simbolik pada tiga huruf pertama iaitu PET manakala transformasi air dizahirkan secara simbolik melalui tiga huruf terakhir akronim tersebut iaitu TRA.

“Sektor tenaga dan air yang merupakan komponen terpenting dalam kehidupan kita serta kesejahteraan rakyat akan digalas oleh kementerian ini.

“Sehubungan itu, nama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan digunakan secara rasmi ke atas segala urusan berkaitan dengan kementerian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This