Air di Empangan Timah Tasoh hanya mampu bertahan 3 bulan

Dari Penulis

PARAS air di Empangan Timah Tasoh (ETT), Beseri hanya mampu bertahan selama tiga bulan sekiranya tiada hujan ekoran daripada fenomena El Nino.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Negeri Perlis, Izizam Ibrahim berkata, sehingga Rabu, bacaan paras air empangan berada pada 28.57 meter atau 25.5 juta liter padu berbanding baki keseluruhan takungan air sekitar 84 peratus.

Jelasnya, bacaan menunjukkan air masih lagi berada dalam keadaan baik dan pihaknya belum merancang untuk melaksanakan catuan mahupun pembenihan awan di kawasan empangan berkenaan.

“Paras berkenaan menunjukkan penurunan daripada paras normal ETT iaitu 29.1 meter dan berdasarkan pemerhatian kita setiap hari, purata penurunan air di empangan ini adalah sekitar 0.02 meter.

Baca artikel lain: 2 suspek disyaki keldai akaun ditahan babit kes penipuan RM46,953

“Berdasarkan semakan, paras air yang terdapat di ETT mampu bertahan selama tiga bulan atau 90 hari lagi bergantung kepada keadaan cuaca semasa,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Izizam menambah, biarpun paras air masih baik, kerajaan negeri berharap agar hujan berlaku dalam masa terdekat bagi mengelakkan paras berkenaan tidak terus turun sehingga paras kritikal iaitu 27.10 meter.

Ujarnya, jika tiada hujan dan pengairan air tetap dilakukan maka tidak mustahil bekalan sedia ada akan terus menurun hingga paras bahaya iaitu sekitar 25.3 meter.

“Buat masa ini bekalan air yang terdapat di empangan berkenaan masih terus disalurkan untuk kegunaan domestik serta pengairan sawah yang terdapat di negeri ini,” katanya lagi.

Tambahnya, langkah alternatif yang boleh dibuat jika penurunan paras air ketara berlaku adalah menerusi catuan bekalan air atau kaedah pembenihan awan di kawasan empangan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This