Kementerian Perpaduan Negara anjur Festival Perpaduan Etnik di i-City Shah Alam

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perpaduan Negara (KPN) akan menganjurkan Festival Perpaduan Etnik di i-City, Shah Alam pada 17 dan 18 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina. 

Festival Perpaduan Etnik yang berlangsung hujung minggu ini bertujuan untuk memupuk perpaduan etnik di Malaysia sejajar dengan konsep Malaysia MADANI. 

Dua acara utama yang dijadualkan bersama festival ini ialah persembahan bunga api yang spektakuler, mencerminkan aspirasi rakyat Malaysia pada 17 Februari (8 malam) dan Unity Walk pada 18 Februari (7 pagi). 

Menurut Pengarah i-City, Monica Ong, acara ini juga akan menampilkan aktiviti seperti demonstrasi pertahanan diri, pertunjukan fesyen, panggung rakyat, dan persembahan budaya dan banyak lagi. 

“Festival Perpaduan Etnik adalah sebahagian daripada sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan di i-City. 

“Sepanjang tempoh ini, pengunjung akan menikmati suasana meriah sambutan dan pada masa yang sama, menjelajahi permainan dan tarikan baru seperti Digital Sports Arena, Immersive Winterland, dan Race Karting.

“Antara acara menarik yang menanti adalah persembahan Tarian Singa Akrobatik dan Tarian Naga pada 11 dan 24 Februari, God of Prosperity mengedarkan buah oren dan kemasukan percuma ke Muzium Lilin Red Carpet 2 serta pembukaan tarikan mini baharu,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This