KERAJAAN Negeri Pahang telah berjaya mengurangkan jumlah miskin tegar di negeri itu sebanyak 60.8 peratus sepanjang tahun lalu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menerusi Laporan Kesejahteraan Rakyat Negeri Pahang, jumlah miskin tegar di negeri tersebut menurun kepada 1,946 orang pada 31 Disember lalu.
Katanya, kadar tersebut mengalami penurunan mendadak berbanding statistik pada 3 Januari 2023 iaitu seramai 4,968 orang.
“Kejayaan pengurangan ini adalah hasil daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam memberi pelbagai bentuk bantuan, sumbangan dan inisiatif serta projek-projek pembangunan yang secara langsung membuka peluang-peluang pekerjaan yang meningkatkan sosial ekonomi rakyat.
“Saya berkeyakinan menerusi usaha berterusan ini jumlah miskin tegar di Pahang akan dapat dikurangkan pada masa akan datang,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Wan Rosdy telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan, semalam.
Baca artikel lain: Banjir: Siap sedia pindah ke PPS jika diarahkan – Wan Rosdy
Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan, antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mana semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan mengemaskini data peribadi.
Menurutnya, hanya seramai 184,822 rakyat negeri Pahang telah mengemaskini data peribadi dalam PADU sehingga 15 Februari lalu.
“Bagi negeri Pahang, ada seramai 1.09 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas.
“Oleh yang demikian, saya menyeru mereka yang masih belum mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam sistem PADU agar dapat berbuat demikian sebelum 31 Mac 2024 ini.
“Untuk pendaftaran sila layari laman web rasmi PADU iaitu https://padu.gov.my,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

