KEMENTERIAN Komunikasi sedang mencari penyelesaian terbaik untuk mendapatkan perlindungan kepada pengamal media separuh masa, kru filem, kru muzik dan kru produksi belakang tabir.
Dalam hantaran di platform X, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ramai dalam kalangan seniman negara tidak mempunyai sebarang perlindungan selepas bersara.
Beliau berkata, kisah komposer, Ross Ariffin dan isteri kepada pelakon Allahyarham Man Kadir Samsi atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit membuatkan beliau terpanggil mengadakan pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong membincangkan perkara berkenaan.
Pada masa sama, Fahmi memaklumkan, kerajaan akan menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Kes Ross Ariffin menjadi gelandangan selama tiga tahun dan kes isteri Allahyarham Pak Jabit (Man Kadir Samsi) yang hidup serba kekurangan telah menemukan saya dengan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong untuk perbincangan khas berhubung perkara tersebut.
Ramai dalam kalangan seniman negara tidak ada sebarang perlindungan selepas mereka bersara.
— Fahmi Fadzil ?? (@fahmi_fadzil) February 20, 2024
Kes Ross Ariffin menjadi gelandangan selama 3 tahun dan kes isteri allahyarham Pak Jabit yang hidup serba kekurangan telah menemukan saya dengan Menteri Sumber Manusia, @scheekeong untuk… pic.twitter.com/dErrkfm5vt
Baca artikel lain: Kementerian Komunikasi tak sedia dana bawa masuk konsert artis antarabangsa – Fahmi
“Insya-Allah kerajaan akan menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan mencarum dengan Perkeso melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri,” katanya dalam hantaran tersebut.
Komposer Ross Ariffin, 62, dilaporkan menjadi gelandangan lebih tiga tahun sebelum Fahmi mendapatkan bantuan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diajukan beliau sendiri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sebelum ini, Fahmi turut menyampaikan bantuan penumpu oksigen kepada isteri pelakon dan pelawak, Allahyarham Man Kadir Samsi atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit, Raja Maharani Raja Jaafar, 70, yang mengalami masalah kesihatan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai sebelum ini memaklumkan kerajaan sedang berusaha menambah baik skim perlindungan seniman bagi melindungi serta meningkatkan kebajikan golongan itu dan ahli keluarga mereka.
Selain itu, Fahmi berkata, beberapa mekanisme boleh dipertimbang dalam usaha menambah baik liputan perlindungan kepada penggiat industri seni dan pengamal media khususnya wartawan sambilan di negara ini.
Difahamkan daripada 9,750 pemegang kad perakuan media, lebih 6,000 adalah wartawan sambilan dan ini jumlah besar. Aspek kebajikan berkaitan KWSP, Perkeso dalam pertimbangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

