Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut berangkat ke mesyuarat hari ini ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Johor diwakili Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Perlis oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Pahang oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Baca artikel lain: Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak hadir ke mesyuarat itu kerana menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia semalam.

Mesyuarat pada hari ini turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This