Sultan Johor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262

Dari Penulis

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Kali terakhir mesyuarat itu diadakan adalah pada 22 dan 23 Feb lepas yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama.

Sultan Ibrahim kemudian berkenan menanam Pokok Mentega di pekarangan Istana Negara sebagai simbolik baginda mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menyempurnakan Upacara Penanaman Pokok itu.

KKU dan Upacara Penanaman Pokok ialah cetusan idea Al-Sultan Abdullah dan tidak pernah dilakukan sebelum pelantikan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

KKU diadakan julung kalinya pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254 manakala Upacara Penanaman Pokok kali pertama dilaksanakan pada mesyuarat ke-255.

Baca artikel berkaitan: Majlis Raja-Raja kecam kezaliman Israel, gesa kerajaan terus bersuara bela rakyat Palestin

Turut berangkat ke mesyuarat yang berlangsung dua hari bermula hari ini Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Perlis diwakili Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri dan Speaker DUN Sarawak diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Raja-Raja Melayu turut dijadual berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara Jumaat ini, bagi urusan memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This