JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) tegas menghalang semua aktiviti membabitkan seorang lelaki yang mendakwa merupakan jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’.
Memetik laporan Sinar Harian Online, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan, hasil pemantauan mendapati sebuah madrasah di negeri itu telah disyaki menjadi hos kepada individu itu sepanjang berada di Selangor tahun lalu.
Menurut Mohd Shahzihan, beberapa pihak turut mendakwa Mawla Mohamed Amin merupakan cicit keturunan Nabi Muhammad SAW.
Namun begitu, beliau berkata, tiada sebarang bukti jelas yang boleh menyokong dakwaan berkenaan.
Justeru, Mohd Shahzihan berkata, JAIS telah pun menghalang penganjuran apa sahaja bentuk aktiviti membabitkan individu berkenaan sepanjang tahun lalu.
“Malah JAIS tidak berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perkara yang mendatangkan keraguan sehingga menjadi fitnah kepada Islam keseluruhannya.
“Kami menyeru semua umat Islam di Selangor lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan perkara meragukan seumpama ini,” katanya.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama bagi memantau kegiatan seorang lelaki yang mendakwa merupakan jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’.
Baca artikel lain: Polis, pihak berkuasa agama kerjasama pantau kegiatan Mawla Amin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, Mawla Mohamed Amin itu memasuki negara ini menggunakan pas sosial.
Beliau berkata, lelaki tersebut merupakan warga Algeria dan menggunakan pasport antarabangsa Perancis.
Sebelum itu, Media melaporkan seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosi Mawla Amin mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan satu perkampungan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sedang memantau pergerakan Malwa Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.
Menurutnya, hasil maklumat yang diterima, mereka juga sudah membeli sebidang tanah yang agak besar iaitu 11 hektar sedangkan pengikutnya bukan dari kalangan orang yang berada namun bergantung dengan kutipan daripada dana awam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

