POLIS akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri bagi memantau kegiatan seorang lelaki yang mendakwa merupakan jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, Mawla Mohamed Amin itu memasuki negara ini menggunakan pas sosial.
Menurut Saifuddin Nasution, semakan mendapati lelaki tersebut merupakan warga Algeria yang menggunakan pasport antarabangsa Perancis.
“Saya mengesahkan dia keluar masuk menggunakan pas sosial yang mana boleh berada di sini selama 90 hari dan kemudiannya keluar.
“Dalam rekod kita, dia adalah warga Algeria dan menggunakan pasport antarabangsa Perancis,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution memaklumkan, setakat ini tiada sebarang laporan melibatkan salah laku membabitkan lelaki tersebut.
Katanya, terdapat dua perkara berbangkit iaitu sekiranya aktiviti bersifat keagamaan yang dibawanya ada elemen pelanggaran terhadap mana-mana enakmen negeri.
“Kalau ada pelanggaran, polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri untuk mengambil tindakan yang sesuai.
“Satu perkara lagi jika melibatkan ketenteraman awam dan keamanan, itu di bawah bidang kuasa polis.
Baca artikel lain: Kerajaan tawar pengampunan PATI, boleh pulang ke negara asal selepas bayar kompaun – Saifuddin
“Kita meneruskan pemantauan. Kalau ada elemen menjejas dan mengancam keselamatan serta ketenteraman awam babitkan aktiviti individu ini atau pengikutnya, itu di bawah bidang kuasa polis,” katanya.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang memantau kegiatan seorang lelaki warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.
Media melaporkan seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosi Mawla Amin mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan satu perkampungan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sedang memantau pergerakan Malwa Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.
Menurutnya, hasil maklumat yang diterima, mereka juga sudah membeli sebidang tanah yang agak besar iaitu 11 hektar sedangkan pengikutnya bukan dari kalangan orang yang berada namun bergantung dengan kutipan daripada dana awam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

