Ribut petir di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru hingga pukul 9 malam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KUALA Lumpur, Putrajaya dan Johor Bahru dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di beberapa lagi kawasan di Johor.

Katanya, ia termasuk Tangkak; Muar; Batu Pahat; Pontian dan Kulai.

Menurut MetMalaysia, keadaan sama dijangka berlaku di Batang Padang dan Muallim di Perak.

Pada masa sama, Hulu Selangor; Gombak; Petaling; Hulu Langat dan Sepang akan turut dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

“Cuaca itu turut diramalkan di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Baca artikel lain: Bumbung apartmen terbang dipukul ribut dekat Bintulu

“Di Sarawak, hujan lebat dan ribut petir diramal di beberapa kawasan termasuk Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song),” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, MetMalaysia memberitahu, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Susulan itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This