JABATAN Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan semalam.
Pengarahnya Raymond Entalai berkata dalam operasi pada Khamis, pihaknya memeriksa 49 individu termasuk kanak-kanak sebelum menahan lima daripadanya yang berusia antara 11 hingga 66 tahun.
“Pada semalam pula, seramai 32 individu diperiksa dengan seorang daripadanya ditahan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Baca artikel lain: Siti Nurshuhaini intai penampilan kedua Piala Uber
Beliau berkata kesemua yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mereka ditahan di Depot Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.
“Pihak JIM Labuan akan mempergiatkan operasi secara berterusan bagi membendung kehadiran pendatang tanpa izin di pulau bebas cukai ini,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

