Polis buru empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu

Dari Penulis

Polis sedang mengesan empat lelaki yang dikehendaki bersabit beberapa kesalahan jenayah yang dilakukan di daerah Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, 56, Mohd Izani Ibrahim, 42, Mohd Haziman Hikamarhakimi, 37, dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry, 35.

Beliau berkata Mohd Fared melakukan jenayah bersabit Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan; Mohd Izani bersabit Seksyen 324 Kanun Keseksaan; Mohd Haziman bersabit Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan dan Wan Sharilazry bersabit Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai agar dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berhubung kesemua suspek,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi juga meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Jamaluddin Shah Jawan di talian 019-500 0176 atau 09-775 2200 atau mana-mana balai polis berhampiran.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This