3 lelaki warga Bangladesh maut digilis komuter

Dari Penulis

TIGA lelaki warganegara Bangladesh maut digilis sebuah tren komuter selepas dipercayai menceroboh masuk ke landasan keretapi dekat Taman Puncak Utama, Jade Hill, Kajang lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa berusia 30 hingga 40-an disahkan maut di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa telah tercampak ke tepi landasan dan jasad dalam keadaan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 10.53 malam dan operasi ditamatkan pada 12.15 tengah malam.

“Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi umum beberapa perkara penting esok, Pas buat keputusan Rabu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan beberapa perkara penting ketika merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This