POLIS kini membuka kertas siasatan berhubung dakwaan wang berkurangan di dalam akaun Tabung Haji milik seorang bilal Masjid Al Falah, Ulu Yam Bharu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 26 Februari lalu.
Beliau berkata, siasatan mendapati pengadu telah menerima mesej dari Hotline Tabung Haji yang menyatakan terdapat pemindahan dari akaun milik pengadu ke akaun bank orang lain.
“Semakan dengan Tabung Haji mendapati terdapat pemindahan wang sebanyak RM3,000 pada 20, 21, 22 dan 23 Februari yang membawa kepada jumlah kerugian sebanyak RM12,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu tidak pernah menekan sebarang pautan web dan melayari aplikasi Tabung Haji di atas talian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer iaitu capaian tanpa kuasa dengan niat melakukan kesalahan kepada individu lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

