Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad esok

Dari Penulis

KEPUTUSAN rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman bagi sembilan pertuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak akan diketahui esok.

Keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah pada 9 pagi.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 31 Januari lepas untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan itu namun tarikh tersebut telah dilapangkan dan ditangguh sehingga esok.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa, 73, bersalah atas semua pertuduhan rasuah membabitkan RM3.09 juta dalam pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49 Menara Felda, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Baca artikel lain: Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 31 Januari depan

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM15.45 juta, atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu, ke atas Mohd Isa.

Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun apabila mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Mohd Isa, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, telah memfailkan notis rayuan pada 4 Feb 2021.

Beliau bebas dengan jaminan sebanyak RM1.5 juta dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 hari bulan hingga rayuan selesai.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fahmi kesal tindakan Chean Chung letak jawatan dalam PKR

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung yang...

More Articles Like This