Ketua Penolong Setiausaha KDN didakwa kemuka tuntutan hotel, tol palsu lebih RM6,000

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG Ketua Penolong Setiausaha sebuah kementerian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 11 pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung tuntutan bayaran sewaan hotel, elaun perjalanan dan bayaran tol berjumlah RM6,116.30 antara Mei sehingga Ogos, enam tahun lalu.

Tertuduh, Ku Aznal Shahri Ku Abd Hamid, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (IT) Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya telah mengemukakan invois palsu kepada Setiausaha Bahagian, Yaacob Ibrahim bagi tuntutan sewaan lima buah hotel berkenaan yang berjumlah RM 5,344.

Selain itu lelaki berkenaan didakwa memberikan dokumen palsu iaitu kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri masing-masing sebanyak 550 kilometer (km), 120km, 60km, dan 550km kepada Yaacob melibatkan nilai perbatuan berjumlah RM645.50.

Ku Aznal juga didakwa memberikan suatu dokumen palsu iaitu salinan kad Plus Miles Touch & Go kepada individu sama bagi tuntutan bayaran tol bernilai 63.40.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat pengurusan IT KDN, antara 2 Mei dan 7 Ogos 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) dengan masing-masing boleh
boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta SPRM serta Seksyen 465 KK (Akta 574).

Seksyen 24 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Akta 574 pula membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Yasri Yahya menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Yasri turut mencadangkan agar tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melaporkan diri ibu Pejabat SPRM berdekatan sebulan sekali serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sebagai syarat tambahan jaminan.

Peguam G Sylvester yang mewakili tertuduh tidak membantah cadangan jumlah jaminan berkenaan.

Hakim Azura kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai selain menetapkan 18 April depan bagi sebutan semula kes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This