Lagi rangka dipercayai milik Bella ditemui, polis tunggu keputusan ujian DNA

Dari Penulis

POLIS mengesahkan penemuan sebahagian rangka di kawasan rumah terbiar dekat Jalan Besar Tongkang Pechah, Batu Pahat, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan beberapa ketul tulang itu pada pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan telah menemui dua ketul tulang dipercayai bahagian paha, dua ketul tulang betis dan dua ketul tulang keting di lokasi tersebut.

“Kesemua tulang telah dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada Khamis lepas untuk analisa perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Polis masih menunggu keputusan laporan analisa dan dijangka proses mengambil tempoh lebih sebulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ditanya mengenai lokasi penemuan rangka Bella sebelum ini dengan penemuan terbaharu, Ismail mengatakan ia terletak berhampiran.

Jelasnya,orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan ini.

Sementara itu, kakak kepada Bella turut memuat naik hantaran di laman Facebook mengesahkan mengenai penemuan rangka yang didakwa milik Bella atau Mila Sharmila Samsusah

“Alhamdulillah, separuh anggota yang hilang telah dijumpa.

“Kami masih menunggu keputusan forensik.

“90 peratus boleh dikatakan milik arwah Bella, mohon semua doakan untuk anggota lain dijumpai,” tulisnya dalam satu hantaran semalam.

UtusanTV sebelum ini melaporkan ibu tunggal kepada dua anak itu dilaporkan hilang pada 14 Disember lalu.

Bella dilaporkan keluar rumah bersama teman lelakinya untuk ke kedai dobi pada 11.50 malam dengan menaiki sebuah kereta.

Kehilangan wanita itu hanya disedari pada keesokan hari selepas kakaknya, Norhisham, 36, gagal menghubunginya selain mesej dihantar tidak dijawab.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akmal cabar PM buang semua MP UMNO jika BN tiada peranan

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada...

More Articles Like This