KERAJAAN akan membawa pindaan Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara ke sidang Parlimen bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ia bagi meminda perkataan ‘bapa’ kepada ‘ibu bapa’ atau ‘ibu’ atau ‘bapa’ setelah draf berkenaan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.
“Sukacita saya maklumkan bahawa istilah bapa dalam Perlembagaan Persekutuan itu dari segi hak anak-anak menjadi warganegara akan digantikan dengan ibu bapa atau ibu atau bapa.
“Setelah begitu lama, puluhan tahun perkara ini dibangkitkan, Kerajaan MADANI di bawah Menteri (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Datuk Seri Nancy Shukri, kita dapat lakukan pindaan yang sangat bererti ini,” katanya pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di sini malam ini.
Perdana Menteri berkata beliau percaya pindaan itu akan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

