SEBUAH premis makanan yang beroperasi dalam keadaan jijik dan kotor diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Selain itu, sebanyak 41 lagi premis telah dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan DBKL.
DBKL dalam hantaran di Facebook memaklumkan telah melaksanakan Operasi Sepadu Bersih itu di beberapa kawasan iaitu The Garden Mall dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai dan Jalan Radin 7 di Parlimen Seputeh.
Selain itu, operasi tersebut turut dijalankan di Jalan Menara Gading 1 di bawah Parlimen Cheras serta Tingkat 4, NU Sentral iaitu dalam kawasan Parlimen Bukit Bintang.
Menurut DBKL, sebanyak 63 premis disenaraikan untuk melalui pemeriksaan tetapi 10 daripada premis tersebut didapati ditutup atau tidak beroperasi.
Baca artikel lain: KKM pertimbang kawasan merokok bagi premis makanan di lokasi sempit
“Berdasarkan hasil daripada pemeriksaan, satu premis makanan yang berada dalam keadaan jijik telah dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah Seksyen (11) Akta Makanan 1983.
“Selain itu, sebanyak 41 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya.
DBKL memberitahu, pelbagai kesalahan yang dikenal pasti dan dikenakan tindakan terkait aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis.
“DBKL akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

