Hari Wanita: Hargai, hormati, santuni dengan penuh kasih sayang – Raja Permaisuri Agong

Dari Penulis

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini bertitah menyeru rakyat supaya menghargai wanita, menghormati dan menyantuni mereka dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Raja Zarith Sofiah bertitah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2024 kepada semua wanita di Malaysia.

“Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyeru rakyat menghargai wanita dan hormati serta santunilah mereka dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang kerana mereka juga berperanan dalam membantu kepada pembangunan negara,” menurut hantaran di laman Facebook itu, hari ini.

Baca artikel lain: Secara realiti wanita sudah mula diposisikan dititik tertinggi – Fadhlina

Dengan tema sambutan tahun ini ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang’, Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan penghargaan kepada semua wanita yang menggalas pelbagai tanggungjawab sama ada sebagai isteri, ibu serta pelbagai bidang pekerjaan yang diceburi.

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This