Aliff Aziz kena tangkap khalwat, Bella Astillah hanya mampu mengalirkan air mata – “Minta beri ruang”

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak mampu berkata-kata kerana masih terkejut selepas suaminya, Aliff Aziz kantoi dicekup khalwat bersama aktres Ruhaines.

Bella turut dilihat menyeka air mata sebaik sahaja adik perempuannya iaitu Didi Astillah memberikan kenyataan selepas ditemu bual oleh Michelle Wee yang juga penerbit program Melodi TV3.

Menurut Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah,28, mereka sekeluarga termasuk kakaknya memohon diberikan ruang kerana masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Malah, mereka juga enggan memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.

“Bagi pihak Bella, saya tak nak beri apa-apa kenyataan berhubung isu itu.

“Kalau boleh minta beri ruang pada Bella. Mungkin benda ini masih terkejut lagi,” katanya.

Bella yang berdiri di sisi Didi hanya mendiamkan diri dan dilihat sesekali mengesat air mata disebabkan terlalu sedih dengan apa yang berlaku terhadap keluarganya.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro,  Didi mengetahui perkenalan abang iparnya dengan pelakon wanita tersebut.

“Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.

“Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama,” katanya.

Terdahulu, industri hiburan tanah air kecoh selepas artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tad


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This