Bank Muamalat gerak kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di 14 negeri sempena Ramadan

Dari Penulis

BANK Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di 14 buah negeri, sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Selain menyemarakkan kempen #SubuhMacamJumaat, inisiatif kali ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) Bank Muamalat di mana program gotong-royong membersihkan dan membaik pulih 14 buah masjid yang terpilih dari 14 buah negeri dijalankan selepas solat subuh berjemaah di masjid-masjid tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, selain bertujuan menambah keselesaan jemaah masjid bagi menyambut bulan Ramadan, program tersebut juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti dan warga Bank Muamalat dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’.

“Dalam kempen khas ini, Bank Muamalat dan kakitangannya bukan sahaja meringankan beban jemaah masjid dengan bergotong-royong, tetapi juga turut menyumbang bantuan tunai kepada masjid yang terlibat.”

“Pada mulanya kita hanya bercadang untuk menganjurkan program Cintai Masjid, tetapi memandangkan program #SubuhMacamJumaat yang dijalankan oleh Bank Muamalat bulan lalu di empat buah negeri mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan, jadi kita fikir ada baiknya untuk program ini digabungkan sekali bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadan yang bakal tiba,” katanya.

Menurut Khairul lagi, selain program #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid, Bank Muamalat telah merencanakan beberapa lagi program CSR sepanjang bulan Ramadan sebagai salah satu usaha memberi semula kepada komuniti seperti pengagihan bubur lambuk di 14 buah negeri, edaran pek makanan iftar dan beberapa lagi program.

Program #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di 14 buah negeri ini dijalankan pada 9 dan 10 Mac 2024 di mana penutup dilangsungkan di negeri Melaka dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.

Berikut merupakan senarai 14 buah masjid yang terlibat dalam program #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid:-

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Masjid Zaid bin Thabit, Desa Tun Razak, Kuala Lumpur

2. Selangor: Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Batu Caves

3. Kedah: Masjid Al Huda, Kg Tualang, Sik, Kedah

4. Pulau Pinang: Masjid Al-Huda, Sg Ara, Bayan Lepas

5. Perlis: Masjid Dato Jaafar Hassan, Sg. Padang, Sanglang

6. Perak: Masjid Al Hamidiah, Kg Raban, Lenggong

7. Negeri Sembilan: Masjid Kariah Pasir Besar, Gemas

8. Melaka: Masjid Nur Jannatul Bahri, Kg Air Hitam, Pantai Tg Bidara, Masjid Tanah

9. Johor: Masjid Al-Mukmin, Kg Melayu Bukit Nyamuk, Simpang Renggam

10. Pahang: Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), Kuantan

11. Terengganu: Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, Kuala Terengganu

12. Kelantan: Masjid Al Fattah, Mukim Kota, Kg Kota, Kota Bharu

13. Sabah: Masjid At-Taqwa, Jalan Perumahan Laya-Laya, Tuaran

14. Sarawak: Masjid Al-Ghazali, Jalan Depo, Kuching

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This