Astro saji lebih 620 jam program terbaik sepanjang Ramadan, angkat tema Masa, Anugerah Terindah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Astro, syarikat penyiar dan penstriman utama negara teruja untuk menyambut keindahan Ramadan 1445 Hijrah dengan menampilkan lebih dari 600 jam tontonan dan pengisian yang bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga di sepanjang bulan Ramadan ini.

Bertepatan dengan tema ‘Masa, Anugerah Terindah’, para pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan seisi keluarga agar masa yang diluangkan lebih bermakna dan mampu membina momen-momen indah.

Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran duta-duta yang dilantik untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat, terdiri daripada barisan pelakon berbakat tempatan termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra.

Menariknya, kempen ini turut dilengkapi dengan penganjuran ‘Assalamualaikum’, program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi dengan tujuan untuk lebih mendekati dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat. 

Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk menyajikan kepelbagaian program yang baharu dan menarik di sepanjang tahun bagi menepati citarasa setiap pelanggan Astro. 

“Pada Ramadan tahun ini, pihak Astro tidak terkecuali dalam menghasilkan sesuatu yang istimewa, di mana kami telah menyusun seleksi program serta aktiviti yang sarat dengan pengisian positif dan bermanfaat, agar boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur mengikut pilihan masing-masing.

“Lebih daripada 90 kandungan baharu yang menarik telah pun tersedia buat para pelanggan Astro pada Ramadan ini. 

“Kami menawarkan pelbagai program baharu dengan jumlah keseluruhan berdurasi tayangan melebihi 620 jam, yang mana 80 peratus lebih tinggi dari tahun sebelumnya,” katanya.

Menyuntik tema kempen, ‘Masa, Anugerah Terindah’, program yang bakal disajikan kepada para penonton juga bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan kepada semua bahawa keindahan masa boleh dicapai apabila pelanggan Astro mengambil peluang untuk menikmati kandungan-kandungan Astro bersama keluarga. 

“Selain daripada sajian kandungan, kempen Ramadan tahun ini lebih indah apabila kami turut menghiasi aktiviti lapangan dengan menganjurkan program ‘Assalamualaikum’ di beberapa negeri termasuk Johor Bahru, Terengganu, Pahang dan Kelantan untuk meluangkan masa dan bertemu masyarakat setempat. 

“Akhir sekali, Salam Ramadan Mubarak. Semoga bulan mulia ini membawa limpahan rahmat dan keberkatan untuk kita semua,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This