Pemandu bas ekspres maut, 7 penumpang cedera kemalangan dua kenderaan

Dari Penulis

Seorang pemandu bas ekspres maut, manakala tujuh penumpang kenderaan itu cedera selepas melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 220.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara di Alor Gajah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, pemandu bas ekspres terbabit Zulkarnain Jalil, 41, yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan, bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata daripada tujuh penumpang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu, dua dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, manakala lima orang dibawa ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati treler terbabit dalam perjalanan dari Kota Tinggi, Johor ke Senawang, Seremban, manakala bas ekspres pula dalam perjalanan dari Stesen Bas Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur dengan membawa 30 penumpang.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres berkenaan melanggar belakang treler terbabit yang dipandu di lorong kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arshad berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, penumpang bas yang tidak mengalami kecederaan pula meneruskan perjalanan ke TBS menaiki bas gantian yang disediakan syarikat bas ekspres terlibat.

Kemalangan itu katanya, disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This