KANTIN di semua sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan ini.
Keputusan itu bagi memudahkan murid dan pelajar bukan beragama Islam mendapatkan makanan ketika waktu rehat.
Memetik laporan Sinar Harian Online, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, proses memberi pemahaman kepada pelajar bukan Islam mengenai ibadah dijalani rakan mereka beragama Islam adalah penting.
Katanya, ia supaya setiap pelajar saling menghormati antara satu sama lain.
“Saya ulangi, kantin mesti dibuka serta ada pendidikan berkaitan kesedaran dan hormat antara satu sama lain, khusus sekolah yang mempunyai murid bukan beragama Islam.
“Ramai guru mempunyai pengalaman untuk menguruskan sebarang isu jadi proses pendidikan untuk memahamkan dan menghormati sangat penting ketika Ramadan,” katanya.
Baca artikel lain: 3.61 juta murid kumpulan B mulakan sesi persekolahan hari ini
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, Kuala Langat, hari ini.
Dalam pada itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal memberi jaminan bahawa pihaknya akan memastikan semua murid menjalani proses pembelajaran dalam suasana kondusif dan selesa.
Walaupun bilangan kemasukan ke sekolah meningkat, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan tiada kesesakan keterlaluan berlaku di setiap sekolah.
“Kemasukan murid darjah satu tinggi dan ini menunjukkan komitmen KPM untuk memastikan anak-anak berada dalam sekolah, tercapai.
“Cuma kita nak kena selaraskan dari segi kepadatan, barangkali menyusun semula dan tugas itu akan dilakukan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) untuk memastikan tiada kesesakan keterlaluan di sekolah,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

