Sokong MB Selangor: Abdul Rashid sedia berdepan hukuman

Dari Penulis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari kekal dengan keputusan menyokong Menteri Besar Selangor dan sedia menerima sebarang hukuman daripada parti yang diwakilinya.

Beliau berkata keputusan menyokong kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar itu juga tidak menyebabkan keahlian dan kedudukannya sebagai ADUN mewakili Bersatu terlucut walaupun pindaan terhadap perlembagaan parti itu diluluskan minggu lepas.

“Saya faham bila keputusan dibuat, kes saya akan dirujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)…itu terpulang kepada mereka untuk buat apa sahaja tindakan, dan bagi saya selepas keputusan dibuat, saya kekal dengan keputusan itu.

“Saya sedia terima sebarang tindakan tetapi setakat ini saya, malah enam lagi Ahli Parlimen Bersatu yang beralih sokongan sebelum ini pun belum dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti,” katanya pada sidang media, hari ini.

Pada 6 Mac lepas, bekas Pengerusi Bersatu Selangor itu mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Amirudin, yang menurutnya kebutusan dibuat antara lain selepas mengambil kira titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri berada di landasan tepat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.

Baca artikel lain: Tiada kartel Bersatu Selangor, kalau ada maknanya berkartel dengan Abdul Rashid – Muhyiddin

Abdul Rashid berkata kedudukannya selaku ahli Bersatu dan ADUN Selat Klang juga tidak akan terlucut secara automatik dengan pindaan perlembagaan parti baru-baru ini kerana beliau menurutnya sebarang implementasi terhadap pindaan itu hanya akan berkuat kuasa selepas diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau juga menyatakan sokongan kepada kepimpinan Amirudin tidak dibuat secara melulu sebaliknya diputuskan lebih awal sebelum parti mengumumkan kedudukannya sebagai Pengerusi Bersatu Selangor digantikan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Januari lepas.

Mengakui tiada masalah dengan Ketua Pembangkang DUN Selangor itu, Abdul Rashid bagaimanapun mengakui dirinya tidak lagi diperlukan parti apabila setiap keputusan yang dibuatnya tidak diterima Bersatu.

“Ini semua disebabkan ada pihak yang cuba mendapat lebih kuasa di dalam hieraki parti dengan bersekongkol menolak saya keluar dari barisan kepimpinan Selangor,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This