KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) tidak mempunyai perancangan untuk membuat penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular setakat ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata sebarang tindakan atau keputusan mengenai ekosistem pendidikan sedia ada mesti berdasarkan ketetapan yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996.
“Kita mendengar pandangan berkenaan (mengenai sekolah vernakular) tetapi untuk hari ini, pendirian KPM adalah untuk berdiri tegak dan memperkukuhkan Akta Pendidikan.
Baca artikel lain: ‘Kamu mabuk ke apa?’ kata Dr Akmal kepada Ramasamy isu sekolah vernakular
“Sebagaimana yang saya tegaskan sebelum ini sekolah vernakular ini adalah diiktiraf oleh Akta Pendidikan dan kita akan teruskan dengan pendirian tersebut berdasarkan Akta Pendidikan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Salleh baru-baru ini yang meminta kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular yang merangkumi lebih 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Terdahulu Fadhlina meluangkan masa meninjau hari pertama sesi baharu persekolahan 2024/25 di Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, Kuala Langat.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

