SEORANG lelaki Pakistan ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di Jalan Kemajuan A, Kampung Pandan, 2.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu seorang perempan Melayu yang sedang menunggu pekerja di kedai membaiki kipas telah didatangi suspek berusia 48 tahun.
Beliau berkata, suspek yang juga bekerja sebagai pembantu kedai telah meminta nombor telefon bimbit milik pengadu dipercayai kerana mahu berkenalan.
“Semasa pengadu sedang menulis nombor telefon, suspek telah memegang bahu pengadu dengan kedua-dua belah tangan.
“Suspek kemudian menggeselkan kemaluannya pada bahagian belakang badan kiri pengadu sebanyak dua kali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata, mangsa telah bertindak keluar dari ruangan pejabat lalu terus pulang ke rumah.
Katanya, ibu mangsa telah membawa mangsa ke balai bagi membuat laporan polis dan kini berada dalam keadaan trauma.
Jelasnya, suspek telah ditahan dan hasil ujian air kencing mendapati negatif dadah.
Suspek dibenarkan reman selama tujuh hari sehingga Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

