USAHAWAN terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan tiada lagu raya yang akan dikeluarkan olehnya pada tahun ini.
Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman,37, mendedahkan komposer yang sepatutnya menghasilkan single terbaharunya itu bersikap tidak jujur kerana telah menyerahkan karya tersebut kepada penyanyi lain.
“Maafkan saya, komposer saya buat taik. Curi lagu dan lirik saya bagi dekat artis lain.” katanya.
Pada masa sama, Aliff turut melahirkan rasa kesal terhadap industri muzik tanah air kerana tidak pernah menghargai bakat dan karyanya.
Malah, dia berhasrat untuk membawa diri dan cuba untuk mengembangkan bakatnya ke luar negara.
“Saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya, ujarnya.
“Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya ke luar negara di mana rakyatnya lebih menghargai saya.
“Maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tahun ini tanpa lagu raya,” jelasnya menerusi hantaran di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya melahirkan rasa sedih kerana sudah lama menanti lagu raya terbaharu nyanyiannya.
Sebelum ini, Aliff sentiasa menghiburkan rakyat Malaysia dengan lagu raya yang dinyanyikan olehnya seperti Kelepok raya, Chu Ku Chuk Raya dan Lala Raya.
Aliff juga sebelum ini banyak bekerjasama dengan komposer Amy.

