Pengiktirafan Bak Kut Teh makanan warisan ikut lunas undang-undang

Dari Penulis

PENGIKTIRAFAN Bak Kut Teh sebagai Makanan Warisan Negara dilakukan mengikut lunas undang-undang dan tidak wajar dipertikaikan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata pengiktirafan itu adalah selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) .

“Ia tidak ada kena-mengena dengan isu bangsa dan agama. Saya memohon semua pihak untuk hormati budaya dan agama yang pelbagai di negara ini demi menjaga perpaduan dan harmoni masyarakat kita berbilang kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Dewan Rakyat hari ini.

Bak Kut Teh, sejenis hidangan tradisi masyarakat Cina, merupakan antara 10 makanan yang diisytiharkan sebagai Warisan Negara oleh Pesuruhjaya Warisan Mohamad Muda Bahadin pada 24 Februari lepas.

Baca artikel lain: Isu bak kut teh: Pemuda UMNO kekal pendirian mahu King Sing dipecat

Makanan lain yang turut tersenarai ialah burasak, mi kolok, nasi ambeng, dodol kukus tahi minyak, kuih genggang atau lapis, karas, uthappam, jeruk tuhau dan air katira.

Tiong berkata pihaknya juga sedang meneliti cadangan agar beberapa penjawatan pejabat Tourism Malaysia di luar negara dapat dibuka kepada warga asing yang berkelayakan.

“Ini ialah satu daripada usaha mentransformasikan Tourism Malaysia bagi mengurangkan kos logistik dan pengoperasian,” katanya.

Tiong juga memohon Kementerian Kewangan untuk memastikan pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) dilakukan dengan jelas dan tidak memberi akibat kepada skim bayaran balik pelancong.

“Pada masa sama, kementerian ini terus berharap Kementerian Kewangan dapat pertimbang pemohonan pelancong berhubung pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia lebih telus dan efisien,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This