Samun berparang: Polis sahkan Ativa merah MDQ 8228, nombor palsu

Dari Penulis

POLIS mengesahkan nombor pendaftaran pada kenderaan utiliti sukan yang dinaiki empat penjenayah dalam kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di kawasan Telok Panglima Garang, Kuala Langat, adalah palsu.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/4470

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, semakan mendapati suspek yang menaiki Perodua Ativa merah itu menggunakan nombor pendaftaran MDQ 8228 yang palsu.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, dalam kejadian pukul 4.32 petang hari Ahad lalu, pengadu dan keluarga telah didatangi empat lelaki India yang tidak dikenali dengan menaiki Perodua Ativa merah.

Kesemua suspek bersenjatakan parang telah memasuki kedai runcit milik nenek pengadu sebelum masuk ke rumah pengadu menerusi pintu hadapan yang berada di tingkat atas kedai runcit.

Suspek kemudian telah bertindak ke tingkat bawah setelah menyedari ibu pengadu bangun dan menjerit mengejutkan bapa pengadu yang sedang tidur di dalam bilik

Pengadu mengalami kerugian wang tunai bernilai RM1,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen395/397 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This