PEMUDA UMNO kekal dengan pendirian mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia bukan soal terdapat sembilan lagi makanan lain turut dimasukkan di dalam senarai makanan warisan negara.
Tetapi tegasnya, tentang apakah relevan untuk menyenaraikan makanan yang kebanyakkan penyediaanya mempunyai unsur asas babi.
“Apakah kamu tahu, senarai yang dimasukkan di dalam warta itu adalah ‘bak kut teh’ bukannya seafood kut teh, ayam kut teh.
“Bak itu bermaksud daging yang secara khususnya untuk daging babi di dalam sebutan Hokkien.
“Memang bak kut teh boleh ditukar menjadi daging yang halal mengikut kamu, tetapi adakah kamu tahu berapa banyak bak kut teh yang dikatakan halal dan dijual di pasaran?
“Jawapannya hampir semua bak kut teh yg dijual adalah mempunyai unsur daging babi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai kenyataan balas King Sing yang mahu politik ekstrem berbaur perkauman berikutan keputusan mengiktiraf bak kut teh dimainkan Muhamad Akmal dihentikan.
Baca artikel lain: 250 penembak berentap dalam LEIOS Sport 1st IPSC Open 2024 level II
King Sing berkata, ini bukan kali pertama Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memainkan isu perkauman dan agama.
Turut dijelaskan cadangan menu berkenaan hanyalah satu daripada 10 hidangan baharu yang termasuk dalam senarai makanan warisan negara dan boleh ditukar kepada daging lain.
Mengulas lanjut, Muhamad Akmal sebaliknya mendakwa dalam situasi tersebut, King Sing lebih bersikap ektremis.
“Adakah kamu memberi maksud apabila kami bercakap mengenai perkara yang sensitif di hati orang Melayu khususnya dikatakan ektremis?
“Jika begitu, yang ektremis adalah orang seperti kamu yang tidak tahu menjaga sensitiviti majoriti rakyat beragama Islam di negara ini!,” dakwanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

