RUSIA menganggap Islamofobia “satu bentuk rasisme yang tidak boleh diterima,” kata jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova pada Rabu.
Bercakap pada sidang media di Moscow, Zakharova berkata Rusia bersama-sama bersolidariti dengan pendekatan negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam isu berkenaan.
“Kami menentang diskriminasi dan gangguan terhadap umat Islam atas alasan fahaman agama dan juga untuk memastikan kebebasan beragama berdasarkan penghormatan bukan sahaja kepada individu tetapi juga hak kolektif penganut,” katanya, menurut Agensi Anadolu.
Zakharova berikrar sokongan Rusia terhadap draf resolusi negara-negara Islam di Perhimpunan Agung PBB bertajuk “Langkah-langkah Memerangi Islamofobia” khusus untuk Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia, yang disambut setiap tahun pada 15 Mac.
Baca artikel lain: Bayaran fi kepada pemandu tidak guna peruntukan MITRA – Aaron
Resolusi itu menetapkan penghormatan terhadap Islam sebagai komponen prinsip kepelbagaian budaya dan agama serta menetapkan penubuhan mandat Duta Khas PBB untuk memerangi sikap tidak bertoleransi agama, katanya.
“Rusia adalah penaja bersama draf resolusi,” katanya.
— BERNAMA-ANADOLU
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

