Selangor hantar surat hasrat setuju laksana Akta Pengurusan Sisa Pepejal – Amirudin

Dari Penulis

KERAJAAN Selangor akan menghantar surat hasrat (LoI) kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam tempoh segera berhubung pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan mengenai perkara itu telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Rabu lepas, antara lain untuk membolehkan rundingan dan perbincangan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan KPKT dapat dilaksanakan.

“Kita akan hantar surat itu hari ini atau selewatnya pada Isnin. LoI ini akan diikuti dengan rundingan dan perbincangan berkaitan kerana perjanjian pelaksanaan antara Persekutuan dan negeri perlu dilakukan.

“Banyak yang perlu diserahkan kerana pelaksanaan ini juga melibatkan sebahagian kuasa di bawah PBT, sebab itu perjanjian tidak hanya antara kerajaan negeri dan KPKT tetapi juga membabitkan KPKT dan PBT,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dan syarikat jualan motosikal iMotorbike hari ini.

Baca artikel lain: “Malu orang Semenanjung masih ada yang buta bahasa Malaysia” – Tiz Zaqyah

Amirudin berkata semua urusan itu perlu diselesaikan segera kerana kerajaan negeri menyasarkan pelaksanaan akta itu dapat direalisasikan tahun ini mengikut peruntukan kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini Menteri KPKT Nga Kor Ming dilaporkan berkata pihaknya sedang menunggu keputusan kerajaan negeri Selangor berhubung pelaksanaan Akta 672 di negeri itu bagi membolehkan kementerian mengambil langkah seterusnya, termasuk melakukan rundingan secara terperinci.

Setakat ini tujuh negeri telah menggunakan akta tersebut iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Akta itu untuk memastikan keseragaman undang-undang dalam mengawal selia pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap serta merancakkan ekonomi kitaran.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This