[VIDEO] Distorted garap sendiri single By Your Side

Dari Penulis

SELEPAS memperkenalkan diri melalui single sulung mereka Switch tahun lalu, kumpulan tempatan yang sedang meningkat naik Distorted kembali dengan sebuah lagi karya berjudul By Your Side.

Digubah dan diterbitkan oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Sino, Eneyeqay dan Balo bersama Joseph Chua, lirik lagu juga merupakan sentuhan mereka.

“Single ini menceritakan kesedihan, mengenang dan berkhayal tentang seseorang yang akan sentiasa berada di sisi anda walaupun mereka sudah tiada lagi bersama. 

“Justeru, saya berharap orang yang mendengarnya akan dapat merasai pesan lagu tersebut. 

“Terpulang kepada mereka untuk mengambil dan mengaitkannya dengan cara mereka yang tersendiri tetapi nikmatilah seperti mana kami menikmati saat menghasilkannya,” jelas Sino.

Lagu yang pada asalnya merupakan selingan untuk album mereka yang akan datang itu juga telah dicipta oleh Sino. 

“Lagu ini pada mulanya merupakan selingan pendek untuk album kami yang akan datang, ciptaan Sino. 

“Selepas kami membuat keputusan untuk mengubahnya menjadi lagu penuh, kami kemudian menghabiskan beberapa sesi di studio untuk memasukkan bahagian gitar dan menyusun bunyi dram.

“Saya juga masih ingat kami mengambil masa yang lama untuk memutuskan bagaimana seharusnya bunyi dram itu. 

“Selain itu, sudah agak lama kami tidak menggarap lagu yang memerlukan banyak emosi. Kami telah meluangkan masa untuk menulis kerana topik liriknya sgak serius berbanding keluaran kami sebelum ini,” jelas rakan sepasukan Balo mengenai proses rakaman lagu itu.

Sesuai dengan imej muzik mereka yang bergaya, By Your Side jjuga hadir dengan video muzik yang menarik tetapi kumpulan itu tidak banyak mendedahkan tentang projek visual itu.

“Anda perlu menontonnya untuk mentafsirkan sendiri. Nantikan,” usik Eneyeqay mengenai video muzik yang akan datang. 

“Kami cuba untuk tidak terlalu berlebihan dengan video ini kerana kami mahu visualnya melengkapi lagu itu. 

“Secara peribadi, saya suka kesederhanaan video itu dan saya bangga dengan rakan-rakan kumpulan saya serta pasukan video muzik kami kerana melakukan persembahan yang penuh kelas dan luar biasa. Saya harap penonton kami akan menghargainya juga,” tambah Balo.

Sementara itu, jelas Eneyeqay memberitahu, ia adalah proses yang sangat lancar dan datang secara semula jadi.

“Ia juga satu pengalaman yang hebat saat bekerjasama dengan orang yang berbakat. Kami sangat teruja dan saya menantikan fasa seterusnya buat kami sebagai satu kumpulan,” akhiri Eneyeqay dengan nada gembira.

By Your Side boleh didengar di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This