Wan Raja bina keserasian dengan pelakon wanita di set penggambaran – “Saya tak perlu nak kenal hati budi di luar waktu bekerja”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Wan Raja tidak melihat di mana relevannya untuk seorang pelaku seni mencari keserasian di luar waktu bekerja.

Bagi Wan Raja atau nama lengkapnya Saiful Redzuan Abu Bakar,46, dia tidak pernah sesekali untuk cuba mewujudkan situasi tersebut di luar set penggambaran.

Jelas Wan Raja, dia hanya akan mencari keserasian dengan pelakon gandingannya ketika tempoh bekerja di lokasi penggambaran sahaja.

“Saya bukan jenis yang nak bina keserasian di luar set…nak keluar lepak minum-minum dan kenal hati budi. Saya bukan macam tu.

“Saya jenis yang ‘straight to the point’. Waktu bekerja saya akan buat apa yang perlu saja,” katanya kepada URTV pada sidang media drama Malang Si Puteri.

Bergandingan dengan Fasha Sandha dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd, Wan Raja mengakui sudah banyak kali bergandingan aktres itu.

Meskipun kerap berlakon bersama, namun masing-masing profesional dan tidak membawa urusan kerja di luar set.

“Saya dan Fasha dah banyak kali bekerjasama. Rasanya lebih empat kali dah kami digandingkan dalam satu produksi.

“Tiada istilah cinta lokasi atau isu siapa sondol siapa. Keserasian kami hanya di lokasi penggambaran saja,” jelasnya.

Tambah Wan Raja lagi, isterinya iaitu Yaya Maembong dan suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz meletakkan kepercayaan kepada mereka sekaligus mengelak daripada berlakunya ’sondol-menyondol’.

“Isteri saya okay saja jika saya digandingkan dengan Fasha…tiada masalah. Begitu juga dengan Aidil, masing-masing okay.

“Pasangan kami saling mengenali dengan siapa kami berlakon. Kalau di luar set, kami akan berjumpa bersama pasangan maisng-masing.

“Kami sudah saling mengenali dan rapat. Jadinya, isu cinta lokasi pada saya memang tak wujud,” tegasnya.

Menerusi Malang Si Puteri, Wan Raja membawa watak Arman yang menjadikan Puteri lakonan Fasha sebagai perempuan simpanan.

Selain Wan Raja dan Fasha, drama arahan Uchee Fukada itu dibintangi Raja Azura, Hafreez Adam, Malek McCrone dan Aidit Noh.

Malang Si Puteri sudah mula ditayangkan sejak Isnin lalu di Astro Ria.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This